
makbarshah1994
5 tahun
Masalah emosi tidak stabil
Saya mmpunyai masalah untuk berjumpa atau keluar di khalayak ramai.nak bekerja pun rasa malu rasa macam tak berguna.selalu rasa orang sekiling selalu memandang dan tidak sukakan sy.sampai nak bekerja pun rasa malu.lebih2 lagi sejak sy baru keluar dari lockup selama 3bulan dan dikenakan pengawasan polis 2tahun.rasa putus asa dan down sangat.tak ada keyakinan diri langsung.malu untuk berdepan orang du sy pernah mengalami kurang darah putih dan darah merah cair.rasa naktidurdan duduk di rumah jer tiap2 hari.apakah masalah sy doktor?tolong sy atasinya…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Menurut pandangan saya, anda mungkin memang ada mengalami masalah emosi. Saya tidak dapat memberikan kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi kerana maklumat tidak mencukupi. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Apa yang boleh saya bantu sekarang adalah menyarankan anda untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor pakar psikiatri. Anda boleh pergi ke klinik kesihatan atau pakar kaunseling terlebih dahulu. Dari situ, pihak mereka akan merujuk anda ke pakar psikiatri sekiranya perlu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Diharap anda akan segera mendapatkan rawatan dan nasihat pakar agar masalah anda tidak menjadi lebih parah. Semoga anda cepat sembuh seperti sedia kala. Terima kasih