
Sulit
4 tahun
Masalah gigi dan gusi
Saya wanita berumur 27 tahun, sebelum ni saya pernah mecabut gigi bahagian bawah sebelah kanan bahagian belakang dimana . Waktu itu doktor cabut dan membuat pembersihan dan tampak 2 biji gigi dibelkang yg berlubang. Yang satu tidak dapt diselamatkan dan dalam beberapa bulan kebelakang saya melihat bekas tempat gigi saya yang dicabut seperti ada tumbuh lagi gigi separuh saja. Dan sering radang gusi bengkak di sebelah gigi yang ditampal. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Mengandung
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutritio )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk makluman anda, masalah anda adalah masalah pergigian. Anda dinasihatkan untuk berjumpa terus dengan doktor gigi bagi konsultasi dan pemeriksaan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.