
Sulit
4 tahun
Masalah gigi. sakit ketika makan. gusi sakit
Saya 27 tahun. saya tidak pernah ke dentist sejak sekolah rendah. masa sek rendah gigi saya ok.sampai lah baru baru ni gigi saya sakit ketika makan. gusi saya sakit. gigi taring saya sakit berdenyut. saya sudah makan ubat bengkak dan sakit gigi yang dibeli di caring farmasi. tapi still sakit.tolong saya saya buntu tapi saya tak mampu nak pergi check di dentist

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Mengandung
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutritio )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.