
Sulit
4 tahun
Masalah gusi saya ada sedikit bengkak selepas jahit perlukah sya membuka.jahitan dan ia akan kembli normal atau doktor ada alat untuk kecilkan gusi saya
Saya ada membuat pembuanngan gigi berlubang di klinik swasta slpas bnyk darah kluar sy dirujuk ke hospital krajaan untuk jahit slps gusi sya dijahit saya dapati gusi saya sudah tdak rata dan bhgian pipi rasa x selesa(bengkak kecil) adakah selepas membuka jahitan ia akan kembali rormal ataupun doktor gigi krjaan ada alat untuk megecilkan gusi yg tak selesa ni mohon penjelasan doktor tq…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, rasa tidak selesa dan bengkak tersebut mungkin berpunca daripada proses penyembuhan luka. Namun begitu kami sarankan anda untuk tidak mengusik kawasan sakit tersebut dan pergi ke mana-mana klinik pergigian untuk membuat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Sakit yang berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian dan tidur
- Pendarahan dari gusi
- Gusi bernanah
- Terdapat bau yang kurang selesa dari mulut anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.