Sulit
4 tahun
Masalah haid berterusan
Hello doctor…saya mau tnya masalah haid saya…waktu umur saya 19 tahun saya ada mgalami masalah haid xteratur smpai 3 bulan xdtg haid smakin lama…ia berterusan smpai 6 bulan…pada umur saya 24 tahun saya berkhwin haid saya makin mjadi xdtg smpai 9 bln dan 11 bulan…haid saya makin xteratur dan kini saya say a berumur 28 mgalami masalh haid…pada bulan march lalu saya ada dtg haid slama 5 hari dgn kuantiti darah yg normal…selpas 2 hari bhenti dtg haid…haid saya kembali dgn darah yg sedkit tp darah saya hitam kepekatan …saya mgalami msalah haid ini berterusan hingga hari ini tp keadaan darah sya tidak lagi hitam kepekatan,darah saya kadang² ada mcm colour brown n merah pekat…tp kuantiti darah itu mmg sdkit…saya xthu apa sbb ini berterusan…slama ni sya xambik kisah sgt sbb jarang dtg haid…dn kini haid ini berterusan hingga hari ini…itu yg buat saya mula risau…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda, saya memahami bahawa anda bimbang tentang keadaan haid anda yang tidak teratur. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyumbang kepada keadaan anda sekarang ini. Antara perkara tersebut adalah:
- Umur
- Berat badan dan diet
- Kehamilan
- Penyusuan susu ibu
- Kawalan kelahiran
- Tekanan emosi
- Senaman yang berlebihan
- Gangguan pemakanan
- PCOS
Oleh itu, saya mencadangkan kepada anda supaya berjumpa dengan doktor jika gejala tersebut berterusan dan menjadi semakain teruk. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor



























