
Sulit
5 tahun
Masalah haid datang dalam jarak masa yang singkat
Saya wanita berumur 26 tahun yang sudah berkahwin. Saya datang haid pada tarikh 4 April dan berakhir pada 11 April. Pada hari ini ada darah masih keluar dan warna darah lebih pekat dan pada mulanya berwarna coklat. Saya ada mengambil ubat Duphaston atas nasihat doktor. Boleh saya tahu, adakah darah yang keluar tersebut adalah darah haid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan/ pil hormon
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Secara saintifik ia masih dikiri haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.