
Sulit
3 tahun
Masalah haid datang dua kali
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Dr , saya wanita berumur 22 tahun. Adakah normal kalau datang haid dua kali dalam jangka masa yang terlalu pendek ? Saya baru mandi wajib pada Selasa lepas dan hari ini ( Ahad ) saya datang haid lagi . Saya ada makan ubat untuk jerawat, ubat gatal dan alahan dah lebih 2 minggu, adakah itu mempengaruhi hormon saya atau saya mengalami masalah lain? Terima kasih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan