Sulit
2 tahun
Masalah haid sedikit
Saya mempunyai kitaran haid yang tetap setiap bulan tetapi sejak kebelakangan ini haid saya terlalu sedikit dan hanya 3 hari sahaja. Adakah haid yang sedikit ini menyebabkan saya tidak subur dan tanda-tanda awal monopous. Saya berumur 40 tahun.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda risau dengan haid yang sedikit dan kurang dari kebiasaan. Kini anda risau jika ia adalah tanda-tanda menopause. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya adalah:
- Stress
- Berat badan yang tinggi
- Aktiviti sukan yang berlebihan
- PCOS
- Kehamilan
- Kesan sampingan ubat atau vaksin
- Menopause
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan serta diagnosis tepat tanpa perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.