Anonymous
4 tahun
Masalah haid selepas keguguran
selepas keguguran pada april 2019 darah haid sy tidak lagi berbentuk cecair, tetapi hanya seperti air yng berwarna merah … aliran sederhana, cuma sy risau sebab cairan yg keluar tidak berbentuk cecair (lendir) tetapi air.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah pendarahan yang dihadapi selepas keguguran. Untuk makluman pihak anda, masalah keluar lelehan cari seperti haid selepas keguguran seperti yang dinyatakan puan. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keguguran tidak lengkap (janin tidak keluar sepenuhnya pada kejadian pertama)
- Keputihan fisiologi (keputihan normal)
- kecederaan ketika gugur
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih