
Sulit
5 tahun
Masalah haid selepas makan prostinor 2
Saya berusia 46 thn datang haid kitaran normal .sy bersama dgn suami dlm tempoh haid tanpa guna perlindungan dlm tempoh 24 jam bersama sy makan prostinor 2.hari ke 7 haid sy kering.selepas 2 hari sy bersama suami tiada masalah yg berlaku tetapi seminggu selepas itu sy bersama dgn suami berlaku penadaharan pd petangnya .keluar darah seperti haid dh melewati 4 hari. Adakah kesan dari makan prostinor 2 mohon prnjelasan doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah pendarahan haid tidak teratur ini boleh disebabkan:
- Kesan pengambilan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Gejala peri-menopaus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.