
Anonymous
6 tahun
Masalah haid tak teratur
saya wanita 24 tahun sudah berkahwin…sudah berkahwin 4 tahun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata…masalah saya bpunca dari haid yang selalu terlambat kadang2 2 bulan atau lebih …dulu saya ada makan ubat perancang selama 3 bulan dan saya stopkan kerana ingin mempunyai cahaya mata…dan awal bulan april saya mendapati ada tanda darah sikit berwrna coklat saya sangka itu adalah haid tetapi sampai sekarang belum ada haid yang datang …apa sebenar masalah saya doktor …dan selalu keluar cecair putih jernih smpai skarang

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, terdapat beberapa punca masalah haid tidak teratur seperti yang puan alami, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Bagi mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, sila klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi sesi konsultasi secara peribadi. Kami memerlukan maklumat lanjut sebelum kesimpulan boleh dibuat. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.