Sulit
2 tahun
Masalah haid tidak datang berbulan
Saya wanitaa 24 tahunn …semenjak berat badan sy naik seperti perut buncit sy dapati yang kitaran haid saya tidak datangg bkn sebulan tpi bnyk bulan …n then dibahagian payudara saya pon selalu sngt sakit tak tahu knp…saya cuma nak tahu caraa untuk saya atasi msalah ini…apa yang perlu saya bt untuk msalah ini…harap dpt membantu
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kitaran haid tidak teratur dan kesakitan di bahagian payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kitaran haid tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- keletihan
- tekanan emosi
- aktiviti harian yang sibuk atau aktiviti fizikal yang berat
- masalah berat badan
- masalah tiroid atau pituitari
- masalah rahim, ovari atau serviks
Selain itu, kesakitan di bahagian payu dara anda tidak semestinya berkaitan dengan kitaran haid anda yang tidak teratur tetapi bole juga disebabkan oleh sindrom premenstruasi, kista payudara, kesan sampingan ubat ataupun kanser payudara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.