
nourisiakating92
4 tahun
Masalah haid tidak teratur dan baru berhenti on pil sebulan lebih selepas on pil selama 4 tahun
Saya wanita 27 tahun dan sudah berkhawin,saya baru berhenti pil perancang selama 1 bulan lebih selepas 4tahun makan pil perancang.masalah saya ialah selepas 10 hari berhenti saya period tpi hanya sedikit selama 3 hari.dan selepas brapa minggu keluar lendir+ darah selama 2 hari.dan skrg saya mengalami symptom2 period.tapi yg keluar bukan fresh period tpi darah+ lendir.dan benda tu tak jatuh ke seluar…hanya bila saya korek sedikit akan keluar benda tu…adakah itu period or something else? Thanks doc! Harap dapat jawaban dri doc.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, haid tidak datang selepas berhenti menggunakan pil perancang adalah perkara yang normal. Namun begitu terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan haid lewat seperti:
- tekanan emosi
- perubahan pada berat badan
- fibroid rahim
- masalah pada kelenjar tiroid
- sindrom polisistik ovari
Gejala yang anda alami adalah kemungkinan kerana penurunan hormon yang menyebabkan darah dan lendir dihasilkan oleh rahim anda Gejala ini akan berlaku dalam beberapa hari. Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda berpanjangan dan bertambah teruk.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!