Sulit
5 tahun
Masalah haid tidak teratur dan datang pada jarak yg jauh
Hi doc.sya ada ma
salah dngn haid tidak teratur, saya berumur 25thn dan sudah berkahwin 2 tahun dan blum mempunyai anak. haid saya 2/10/2020 itu adalah haid heavy terakhir bagi saya, sampai kan pada tarikh 8/5/2021 saya baru datang haid kembali. Tetapi haid saya cuma datang 2 hari dgn darah sedikit.selepas tu pada 15/6/2020 darah keluar kembali tapi sedikit juga, kenapa ye doc.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak beberapa bulan yang lalu dan haid yang datang pada bulan ini dalam kuantiti yang sedikit. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























