
Anonymous
5 tahun
Masalah haid tidak teratur dan senggugut
Saya wanita berusia 20an . Adakah normal jika tarikh haid tidak teratur ? Senggugut yang teruk selalu terjadi, itu sangat membimbangkan saya. Perlukah saya mengambil apa jenis ubat untuk hilangkan masalah senggugut yang teruk ini. Sakit ini membuatkan saya susah untuk membuat urusan di luar negeri ataupun jauh daripada rumah… terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa punca masalah haid tidak teratur seperti yang puan alami, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala,masalah senggugut ketika haid adalah salah satu perkara biasa yang terjadi kepada wanita akibat hormon prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim ketika haid. Namun begitu, senggugut yang teruk boleh disebabkan oleh masalah lain seperti:
- Tisu endometrium tumbuh di dalam otot rahim
- Tisu endometrium tumbuh di luar rahim
- Ketumbuhan fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.