
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak teratur & haid pada tempoh yang lama
Hello doctor. Saya wanita yang berumur 23 tahun. Saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur. Masalah saya ialah, period saya awal seminggu dari jangkaan saya iaitu pada 30 January. Jika mengikut estimate date ialah pada 8 February. Period kali ini mengambil masa lebih 15 hari. Ini kali pertama saya period dalam tempoh yang agak lama drpd sebelumnya. Saya juga mengalami abdominal cramps (di bahagian kiri). Apa punca-punca yg boleh menyebabkan hal ini berlaku? Dan apakah rawatannya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur serta tempoh haid yang lebih lama berbanding sebelumnya. Untuk makluman anda, perkara ini adalah sering terjadi pada kebanyakan wanita terutamanya pada usia dewasa muda/ remaja. Penyebab kepada gejala ini adalah terdiri daripada penyebab yang serius mahupun tidak; antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Mengenai masalah abdominal cramp atau sakit perut bahagian kiri ianya boleh disebabkan oleh senggugut, masalah pencernaan ataupun masalah pada salur kencing. Pemeriksaan yang komprehensif adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah anda dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Untuk info lanjut tentang masalah ini secara mendalam, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!