
Sulit
5 tahun
Masalah haid tidak teratur selepas pengambilan pil perancang
Saya wanita yg berusia 29tahun,bulan lepas saya keguguran,selepas keguguran pada hari yg ke 6 sy mengambil pil perancang (yasmin) dan selepas hari yg ke 21 16.8.2019 saya datang haid selama sehari saja,dan 17.8.2019 haid saya dah kering…adakah itu normal doctor?sampai ke harini saya tidak didatangi haid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.