
roshaemaabdulaziz
5 tahun
Masalah haid tidak teratur yang teruk
Selamat sejahtera semua. Saya wanita berumur 25 tahun dan bakal berkahwin January tahun hadapan. Saya mempunyai masalah haid tidak teratur.
Period terakhir saya (September 2018) disebabkan usaha saya berjumpa dengan doktor di klinik swasta dan minta di inject supaya paksa period keluar. Hal ini disebabkan saya tidak period 6bulan sebelum minta di inject. (Previous period before inject: March 2018)
Selepas inject, (saya lupa nama ubat tersebut) doktor memberi jaminan saya akan period dalam masa kurang seminggu. Tapi tidak memberi jaminan period saya akan teratur untuk bulan bulan seterusnya. Tiga hari kemudian saya period dan rasa sangat bersyukur. Namun itulah period saya yang terakhir (Sept 2018) dan saya memang tidak period sampai lah hari ini.
Saya berkira kira untuk berjumpa pakar sakit puan untuk melakukan checkup dan scan. Boleh saya minta saranan doktor berkaitan masalah saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid yang tidak teratur, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Memandangkan anda pernah kunjungi klinik untuk masalah anda, anda disarankan untuk mendapatkan konsultasi, pemeriksaan dan rawatan yang bersesuaian untuk mengetahui punca di belakang haid tidak teratur anda. Sekiranya anda ingin mendapatkan second opinion dan konsultasi yang selanjutnya daripada pihak kami, sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.