
Anonymous
6 tahun
Masalah haid tidak teratur
hai, doktor sy nak tanya, sy mengalami haid tidak teratur. pada bulan 3/3/2019 sy datang haid .selang 2 hari haid tu sudah tiada. lepas semimggu dy dtg balik tp warna coklat. sekarang bulan 4 sy dah lewat smpai sekarang haid sy blm dtg lagi. ni adakah disebab kan sy mengambil produk untuk kurus. ikutkan sebelum ni kitaran haid sy semua okey. cuma lambat dua tiga hari tu biasa saja. terima kasih doktor…

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya akan cuba menjawab soalan yang diajukan oleh anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.