Anonymous
7 tahun
Masalah haid tidak tetap
Saya berusia 23 tahun. Bulan lepas saya mendapati ada darah keluar dari vagina tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja selama 1 minggu. Bulan ini saya tidak mengalami haid. Apakah masalah yang saya hadapi dan punca perkara tersebut ?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Masalah hormon tidak stabil akibat keletihan, jadual yang padat atau bergiat terlalu aktif dalam sukan dan stress
- Masalah berat badan juga boleh mengganggu keseimbangan hormon
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, rahim atau cerviks seperti polycystic ovari
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih



























