
sherrysss75
5 tahun
Masalah haid yang sedikit
Sy berumur 44 tahun, sdh jalani BTL dan penghidap kencing manis. Sy alami masalah datang haid yg sangat sedikit iaitu hanya satu hari sahaja dan jumlah yg sangat sedikit. Perut rasa x selesa, ade tanda tanda nk haid seperti jerawat. Apakah caranya untuk atasi masalah ini?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, jangka waktu datang haid yang normal adalah antara 2-7 hari. Dan biasanya kebanyakan wanita datang haid selama 3-5 hari.
Terdapat pelbagai punca perubahan tempoh haid dan kitaran menstruasi anda. Selalunya ia dipengaruhi oleh perubahan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Keletihan
- Aktiviti harian yang sibuk
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan kegiatan sukan lasak
- Perubahan berat badan mendadak
Sekiranya masalah ini membimbangkan anda, anda boleh rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.