
Sulit
3 tahun
Masalah Haid yang sudah terhenti selama 4 tahun, tiba-tiba kali ini datang dengan hanya sedikit2
Saya berumur 49 tahun.Sudah 4 tahun tidak kedatangan haid, tetapi tiba2 kali ini datang yang hanya sedikit2 sahaja.Apa masalah dan perlu saya lakukan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang masalah haid yang datang hanya sedikit sahaja. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh berlaku disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Akan tetapi, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Oleh itu, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.