Sulit
5 tahun
Masalah haid yang terganggu
Saya sedang memasuki 40 tahun. Kitaran haid saya biasanya 26-28 hari. Sebelum ini saya period dari 28 Mei - 3 Jun sebanyak 7 hari. Tiba² hari ini 16 Jun, darah keluar. Tidak berketul, byk juga mcm haid biasa. Apakah kemungkinan masalah saya.
Tahun lepas sekitar Oktober, saya pernah alami masalah yg hampir sama, cuma waktu spotting berlaku sebelum pendarahan. Saya buat pap smear tapi hasil ujian menunjukkan infection biasa.
Berat saya sejak tahun lepas bertambah daripada sebelum² ini. Sekarang 65kg, sebelumnya tahun lepas 63kg. Namun sekitar 2019 berat saya hanya sekitar 56/57kg sahaja.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami faham bahawa anda bimbang masalah yang anda hadapi ketika ini iaitu haid yang terganggu atau tidak teratur. Kami di sini akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid yang tidak teratur lazimnya dikaitkan dengan beberapa penjelasan seperti:
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Akan tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan



























