
Anonymous
5 tahun
Masalah haid yang tidak menentu
Saya nisa berusia 27 tahun dan masih belum berkahwin. Sejak akhir akhir ini saya selalu mengalami pendarahan.saya baru sahaja habis period pada 6 may 2019 yang lalu. Saya period selama 10 hari iaitu dari 26 april 2019 hingga 6 may 2019. Tiba tiba hari ini 15 may 2019, saya mendapati ada darah keluar. Soalan saya, adakah darah yang keluar sekarang ini darah haid (period) atau bukan? Harap dapat dijelaskan.terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan simptom simptom yang anda nyatakan saya mendapat pemahaman bahawa anda sedang menagalami haid yang tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah:
- Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti. - Ubat-ubatan
Ada sesetengah ubat-ubatan yang anda makan untuk masalah perubatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon bole menyebabkan kitaran haid terganggu. - Haid yang tidak teratur mungkin adalah tanda-tanda anda mempunyai masalah perubatan yang tidak anda sedari seperti Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.