
Anonymous
6 tahun
Masalah Haid yang tidak normal
Saya wanita 20 an dan sudah berkahwin…ingin bertanya kepada dr…? Adakah normal keluar darah coklat tapi dalam kuantiti sedikit.? Saya mengalami nya hampir seminggu tetapi tidak sepanjang waktu. Contohnya kadangkala di waktu pagi dan kadangkala di waktu petang. Kuantitinya hanya sedikit dan warna kecoklatan maroon… Adakah saya perlu risau dengan keadaan ini…? Terima kasih

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan simptom yang anda nyatakan, anda mungkin menghidap masalah haid tidak teratur.
Terdapat banyak punca masalah ini boleh berlaku, antaranya:
- Masalah gangguan hormon akibat:
- Sindrom policystic ovari
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan berlebihan atau terlalu kurang
- Masalah pemakanan
- Tekanan emosi
- Kehidupan yang stress dan aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Terlibat dengan aktiviti sukan atau melakukan aktivti lasak
- Masalah struktur rahim, ovari atau serviks
- Ketumbuhan “benign”
- Kanser
Masalah haid tidak teratur akan menyukarkan anda merancang kehamilan atau menjangka kehamilan. Selain itu, sesetengah masalah seperti sindrom policystic ovari boleh menyebabkan masalah kesukaran untuk hamil. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Terima kasih.