Anonymous
7 tahun
Masalah haid yang tidak teratur semenjak pembedahan membuang cyst
Assalamualaikum dan selamat pagi,
saya berumur 24tahun dan saya mengalami masalah wanita. pada tahun 2012, saya telah menjalani pembedahan membuang cyst di ovari, membuang appendix dan membuang usus yang terkena jangkitan di beberapa tempat. selepas daripada pembedahan tersebut, period saya kembali normal seperti sedia kala.
tetapi semenjak 3 tahun lepas, period saya menjadi tidak teratur semula, di mana period saya datang 7 bulan sekali, atau 3 bulan sekali dan tidak menentu. berat badan saya juga mula menurun. apabila haid dtg, darah period saya menjadi ketulan2 yang agak besar pada har pertama dan kedua. saya jugak mengalami sengugut yang teruk.
pada pendapat dr, adakah saya perlu berjumpa semula dengan doctor pakar, atau adakah situasi ini normal selepas pembedahan membuang cyst?.
saya amat memohon pencerahan dan pendapat dari doctor.
sekian terima kasih.
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dalam kalangan wanita muda ialah gangguan hormon di dalam badan. Kondisi ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya. PCOS merupakan satu lagi punca utama yang menyebabkan berat badan berlebihan, jerawat, ketumbuhan bulu berlebihan di bahagian ketiak dan kelamin serta masalah emosi.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada pakar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami untuk maklumat lanjut. Terima kasih.


























