
dydieaizat10
5 tahun
Masalah haid yg sedikit
Selamat petang Dr. Saya berusia 20an dan baru saja berkahwin selama 7 bulan. Setelah berkahwin, jumlah haid yg keluar hanyalah sedikit sehingga saya hanya menggunakan pantyliner kerana darah saya sangat sedikit. Haid saya amatlah teratur iaitu setiap 23-25 hari saya akan mengalami haid dan saya akan mengalami sakit2 sebelum haid seperti biasa nya. Ingin saya bertanya, kenapakah hal seperti ini berlaku dan adakah ini punca saya belum lagi hamil setelah 7 bulan berumah tangga? Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Haid yang sedikit namun datang pada kadar tempoh biasa boleh terjadi kerana beberapa faktor seperti:
- Fisiology normal
- Penggunaan perancang keluarga
- Stress (emosi dan fizikal)
- Tanda-tanda awal kehamilan
- Kurang berat badan
- Penyakit tiroid
Punca-punca ketidak-hamilan adalah banyak dan antaranya ialah:
- Faktor lelaki (seperti kiraan rendah sperma)
- Faktor perempuan seperti ( Sindrom Polisistik Ovari, penyakit tiroid, endometriosis, penyakit kelamin)
- Stress
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.