
Sulit
4 tahun
Masalah Hidung selalu tersumbat terutamanya posisi baring
Hi, Saya lelaki yang berumur 20 tahun,nak tanya pasal masalah hidung saya yang selalu tersumbat terutamanya apabila saya berada dalam posisi baring. saya tidak merasa deman kerana suhu saya bawah 37.5

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung yang anda alami iaitu tersumbat boleh disebabkan faktor alahan pada seperti:
- Debu (alahan rhinitis)
- Jangkitan selesema
- Ketumbuhan poilp dalam hidung
- Resdung.
Jika Masalah ini berterusan, ia memerlukan kepakaran doktor ear nose and throat. Untuk berjumpa dengan doktor pakar, anda memerlukan surat rujukan doktor. Kami memerlukan maklumat lanjut Untuk merawat masalah yang dialami anda. pemeriksaan dan maklumat lanjut juga diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.