Sulit
4 tahun
Masalah hidung tersumbat / tonsil hidung
Saya mempunyai anak berumur 3thn. Sering mengalami masalah hidung tersumbat yang menyebabkan dia sukar bernafas. Juga selsema hanya apabila dia tidur. Apakah ianya bahaya & apakah rawatan untuk masalah anak saya ini. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung anak anda sering tersumbat boleh disebabkan faktor alahan pada kawasan tempat tidur seperti pada debu, jangkitan selesema, ketumbuhan poilp dalam hidung ataupun resdung. Untuk merawat masalah yang dialami anak anda, pemeriksaan dan maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.