
Anonymous
5 tahun
Masalah hormon atau hamil
Saya wanita umur 26. Kitaran period saya 25 hari… Pada hari ini kitaran saya sudah 33 hari… Saya mula rasa loya tapi tidak muntah…n sedikit pening… Saya cuba test upt tetapi keputusannya negatif… Adakah saya mengalami masalah hormon? Atau hamil…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid normal ialah antara 21-35 hari manakala tempoh datang haid normal ialah 2-7 hari. Punca perubahan kitaran haid:
- Perubahan hormon akibat keletihan, tekanan emosi atau jadual harian yang padat
- Masalah berat badan
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Kehamilan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.