
Anonymous
5 tahun
Masalah hormon/haid tak teratur
Dr, saya berumur 25thn dan belum berkahwin. Normal kah kalau kitaran haid saya tak stabil?? Last period saya bulan januari lepas. Pernah sekali (oktober 2018) saya jumpa doktor , masa tu saya lewat 3 bulan period. And then, doktor bagi ubat ‘medroxyprogestrone Acetate 5mg’. Doktor bagi untuk seminggu. Seminggu lepas tu baru saya period. Tp bulan seterusnya saya tak period sampai januari 2019. Saya jumpa doktor lagi and doktor bagi ubat turun darah. Tu yang last period bulan januari lepas. Pernah scan jumpa doktor , doktor cakap tak ada apa2… Boleh tak doktor bagi penjelasan sikit tentang kitaran haid saya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca masalah haid tidak teratur, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kurang berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.