
chin99
5 tahun
Masalah Hormon Kawalan Air
Saya lelaki dalam umur 20-an ingin mengetahui pasal masalah hormon kawalan air, adakah tabiat ini berkaitan dengan gejala masturbation ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah hormon kawalan air yang menyebabkan diabetes insipidus tiada dikaitkan dengan onani sebagai punca. Namun begitu, terdapat beberapa punca kepada penyakit diabetes insipidus ini seperti:
- Ketumbuhan
- Masalah pendarahan dalaman kalenjar pituitari
- Jangkitan kuman
- Kesan ubat
- Punca yang tidak ditemui
Sekiranya anda mempunyai masalah kencing, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.