Yuna Alia

6 tahun

Masalah hormon, lewat period hingga 8 bulan

Hi, saya berumur 25 tahun… Sudah berkahwin, dan masalah saya adalah berkenaan hormon… Selepas berkahwin saya mengalami masalah irregular period… Pernah saya lewat sehingga 8bulan lama nya… Bagaimana untuk saya mengenal pasti apakah masalah saya dan bagaimana untuk saya rawat ?

Masalah “irregular period” atau haid tidak teratur adalah salah satu masalah pendarahan rahim yang tidak normal atau AUB “abnormal uterine bleeding”.

Maklumat lanjut mengenai masalah anda perlu diperolehi untuk memastikan masalah yang anda hadapi. Sebab seseorang boleh mengalami masalah ini terbahagi kepada 2 kumpulan:

  1. Masalah pada struktur rahim
  • Polip
  • Fibroid
  • Adenomyosis – dinding rahim (endometrial lining) tumbuh secara abnormal ke dalam otot rahim
  • Barah
  1. Masalah bukan berpunca dari struktur rahim
  • Mekanisma pembekuan darah yang tidak normal
  • Pengeluaran ovum oleh ovari yang tidak teratur
  • Masalah pendarahan akibat kesan ubatan
  • Punca tidak dapat dikenal pasti (dysfunctional uterine bleeding)

Berdasarkan simtom yang dinyatakan, anda mungkin termasuk dalam kategori wanita yang mengalami kitaran haid lebih dari 35 hari atau dipanggil oligomenorrhoea. Mengapa anda tidak datang haid boleh disebabkan:

  • Mengandung
  • Kesan pil perancang
  • Sering terlibat dengan kegiatan sukan atau sering membawa beban berat
  • Masalah pemakanan hingga menjejaskan berat badan seperti menghidap aneroxia atau bulimia
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Rawatan bagi setiap punca masalah kitaran haid tidak teratur ini adalah berlainan. Oleh itu, anda dinasihatkan berjumpa doktor sakit puan bagi mengenal pasti puncanya seterusnya mendapatkan rawatan yang tepat.

Dr Ilias,

6 tahun

Selamat sejahtera! Masalah kitaran haid yang tidak teratur memang kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur seperti:

  • Ketidakseimbangan hormon disebabkan perubahan kepada badan seperti kehamilan, selepas melahirkan anak, keguguran anak, menopaus dan akil baligh.
  • Kontraseptif seperti pil kontraseptif atau kontraseptif intrauterin.
  • Stres yang melampau kepada tubuh badan seperti tekanan emosi, anoreksia, bulimia, perubahan berat badan yang melampau atau senaman yang berlebihan.
  • Penyakit-penyakit seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), gangguan hormon tiroid, fibroid rahim, endometriosis dan kanser.
  • Ubatan seperti antidepresan, ubat kemoterapi, antiepileptik, penipis darah dan ubat tiroid.

Bagi wanita yang baru berkahwin, sebab-sebab yang kerap menyebabkan perubahan terhadap kitaran haid adalah kehamilan, stres kerana tidak biasa dengan hidup selepas berkahwin, perubahan berat badan dan penggunaan kontraseptif.

Rawatan adalah bergantung kepada penyebab utama kitaran haid tidak teratur anda. Rawatan-rawatan yang sering diberikan adalah seperti kontraseptif berjenis hormon, ubat tiroid, ubat antidiabetik bagi rawatan PCOS serta rawatan bukan farmakologi yang bertujuan membantu mengurangkan stres dan menurunkan berat badan seperti senaman, meditasi dan kaunseling.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Salam. Terima kasih atas soalan anda. Masalah “irregular period” atau “kitaran haid tidak teratur” merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kalangan wanita. Peratus wanita subur yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur dianggarkan dalam 30%.

Satu kitaran haid yang normal mengambil masa selama 28 hingga 35 hari. Setiap wanita adalah berbeza dan setiap wanita mempunyai kitaran haid yang unik. Namum demikian, kelewatan haid saudari sehingga 8 bulan adalah tidak normal. Terdapat pelbagai kenapa kitaran haid seorang wanita boleh menjadi tidak teratur.
Antaranya termasuk:

  • Hamil
  • Penyusuan badan
  • Polycystic Ovarian Syndrome, atau Sindrom Polisistik Ovari
  • Masalah kelenjar tiroid seperti Hyperthyroidism atau Hypothyroidism
  • Stres, tekanan emosi, susutan berat badan yang berlebihan dan gangguan pemakanan seperti anorexia nervosa
  • Prolactinoma, sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin.
  • Pil perancang merupakan salah satu punca yang paling biasa menyebabkan gangguan kitaran haid.

Dari apa yang saudari telah jelaskan di atas, saya ingin menasihatkan agar saudari berbincang dengan seorang doktor secepat mungkin.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)