deadliftsbear
6 tahun
Masalah Hyperthyroid
Hello doctor, saya ingin bertanya bagi pihak isteri saya. Pada minggu lepas beliau telah disahkan menghidap storm thyroid. Dan sekarang beliau menjalani rawatan ubat-ubatan (carbimazole, propanolol & alprazolam). Akan tetapi simptom short breathing beliau menjadi-jadi. Setelah mengambil alprazolam (bila perlu), nafas beliau akan kembali normal. Akan tetapi short breathing akan kembali setelah 5 ke 6 jam. Dan ini akan berlaku setiap hari. Setelah mengambil nebuliser, ia akan kembali normal. Dan proses ini berulang sudah 3 hari berturut - turut. Ini telah mengganggu aktiviti harian beliau. Apakah beliau memerlukan rawatan susulan (asthma or copd) ataupun ubat tambahan selain ubat thyroid yang sudah diberikan? Dan adakah pengambilan ubat berkaitan asthma or copd akan menggangu thyroid beliau? Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, Thyroid storm terjadi disebabkan oleh Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif) yang tidak dirawat, kelenjar ini yang menyebabkan masalah sukar bernafas yang terjadi pada isteri anda, bukan disebabkan asthma atau COPD. Oleh itu, nebuliser yang diberikan adalah untuk membantu masalah pernafasan, dan ia tidak mengganggu ubat Thyroid yang diambil.
Untuk makluman pihak anda, ubat Carbimazole berfungsi untuk menyekat pengeluaran hormon tiroid berlebihan. Ubat Carbimazole boleh memberikan kesan sampingan seperti :
- sakit tekak / ulser mulut / demam
- loya /hilang rasa
- sakit kepala/sakit sendi
- rash / alahan pada ubat
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan lebih tepat, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























