
sitihasniwati
5 tahun
Masalah ibu hamil mengandung
Ada tak cara nk mengatasi masalah darah tinggi utk ibu mengandung… Mungkin doktor boleh sungguestkan supplemet apa2 sbagai mknana tambahan utk stabilkan tekanan darah mcm jus delima dgn minyak kelapa dara(vco)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, masalah tekanan darah tinggi bagi ibu mengandung haruslah dipantau oleh doktor sakit puan dengan teliti. Biasanya ibu mengandung yang mengalami masalah darah tinggi perlu mengambil ubat darah tinggi yang selamat untuk ibu dan kandungannya.
Anda tidak disarankan untuk mengambil sebarang supplement tanpa nasihat doktor yang menjaga kehamilan anda. Sila rujuk perkara ini kepada doktor anda dan ikut nasihat doktor kerana masalah darah tinggi ketika hamil boleh menyebabkan komplikasi kepada nada dan kandungan jika tidak dikawal.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.