
jengka102
5 tahun
Masalah katarak untuk anak umur 1 tahun 6 bulan
Anak saya berusia 1 tahun 6 bulan. Pada bulan lps, sy dapati mata sebelah kiri anak saya juling. Pada mulanye ia berlaku jarang - jarang. Kemudian skrg menjadi semakin kerap.Selepas 2 minggu saya dapati mata anak saya juling, saya nampak kelainan pada anak mata sebelah kiri tersebut. Mata hitam yang paling dalam,yang boleh mengembang dan mengecut itu menjadi warna lain iaitu warna putih jernih. Saya ade merujuk kepada doktor di poliklinik. Oleh kerana dia melihat mata anak saya sambil lewa, dia tidak nampak perubahan pada mata anak saya. Dia mengatakan bahawa pada anak mata hitam itu terdapat sedikit selaput dan ia akan hilang sendiri. Masalah sekarang ini, saya ingin tahu kenapa anak mata hitam yang paling dalam itu bukan berwarna hitam. Apabila saya google, ada yang mengatakan bahawa itu adalah katarak. Jadi, saya perlukan nasihat daripada doktor apa langkah yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dialami. Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya:
- Katarak kongenital: ia sering dikaitkan dengan penyakit rubella yang boleh menyebabkan kompllikasi kepada bayinya.
- Kecederaan mata
- Ulser kornea
Sekiranya keadaan masalah kesihatan anak anda membimbangkan anda adlah amat disarankan untuk anda mendapatkan naishat daripada doktor pakar opthalmologi supaya rawatan yang tepat dapat di berikan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih