
Sulit
4 tahun
Masalah kebas tangan
Saya lelaki, berumur 32 tahun mengalami kebas tangan kanan. Saya mula dapati tangan kanan saya mengalami kebas-kebas apabila saya terlalu banyak menggunakan tangan kanan untuk melakukan kerja mengurut kerana pekerjaan saya adalah mengurut. Apakah ubat atau supplemen yang sesuai untuk saya ambil bagi mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diabetes
- Carpal Tunnel Syndrome
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
Rawatan yang bersesuaian adalah berdasarkan punca diatas. Maka anda dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang punca masalah anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.