
Sulit
3 tahun
Masalah kebersihan dan selalu melakukan berulang kali
Setiap hari saya akan basuh tangan berulang kali walaupun sudah basuh tangan dengan sabun dan bersihkannya tapi saya masih merasakan tidak bersih lagi. Setiap hari saya akan fikirkan apa yang saya buat semalam? Adakah bersih? Setiap hari saya akan bfikir pasal kebersihan dan setiap apa yang saya lakukan perlu berhati2, jika tidak saya akan mengulangi perbuatan yang sama. Bolehkah doktor terangkan masalah yang saya hadapi sekarang ini? Bagaimana ingin mengatasi masalah ini sebab ia menganggu aktiviti seharian saya

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda
Kami memahami bahawa anda kerap mempunyai masalah membasuh tangan sehingga ia menganggu aktiviti harian anda.
Kami akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,pihak psikiatri seringkali merawat keadaan sebegini.
Anda mungkin mempunyai masalah yang meliputi golongan masalah keresahan.Masalah ini mungkin diiringi masalah lain.
Seseorang doktor pakar psikiatri akan merawat anda selepas pemeriksaan penuh dan mengikuti diagnosis yang sewajarnya.
Masalah ini hanya akan merosot jikalau dibiarkan.
Anda dapat merawat masalah sebegini jikalau tidak memperlewatkan rawatan yang diperlukan perlukan.
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda disarankan untuk bercakap dengan pakar psikiatri melalui atas talian dengan segera untuk mengurangkan kegelisaan anda.
Seseorang yang ingin mendapat bantuan lebih mudah dirawat daripada seseorang yang tidak ingian dirawat.
Jangan biarkan masalah ini berlanjutan.
Kami akan mengharap panggilan anda agar dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri