
Anonymous
5 tahun
Masalah kegatalan di vagina
Sy mgalami masalah kegatan di vaigna dan telah bjmpa doktor. Dan terdapat fungus di sekitar vagina. Doktor cuci fungus di celah vagina sy. Dan slpas tu sy cuba untuk cuci sndri mgunakan cotton buds. Dan sy mendapati ada sedikit darah di kemaluan sy. Sy belum brkahwin dan berumur23 tahun. Adakah dgn mencuci mgunakan cotton buds mybabkan faraj sy berdarah atau disebaliknyaa

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, peunca darah tersebut bergantung kepada dari mana keluarnya darah itu. Adakah di sekitar kawasan faraj atau dari dalam faraj?
Sekiranya darah di sekitar kawasan faraj, kemungkinan yang berlaku adalah luka ketika anda mencuci bahagian tersebut. Bahagian sekitar faraj anda mungkin bengkak disebabkan jangkitan tersebut, jadi ia lebih sensitif dan mudah luka.
Sekiranya ia datang dari dalam faraj anda, ia mungkin darah haid, keputihan yang teroksida atau jangkitan kulat telah merebak ke dalam faraj dan boleh menyebabkan pendarahan.
JIka masalah ini bukan disebabkan luka, sila rujuk masalah anda ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan pandangan lanjut. Terima kasih.