Sulit
2 tahun
Masalah kegatalan pada hidung
Saya seorang guru berusia 30 tahun. semasa saya sedang mengajar, keadaan hidung saya menjadi sangat-sangat gatal seperti ada benda halus yang merayap di sekitar hidung. ia menjadikan sesi pengajaran saya menjadi sangat tergangu dan saya tidak dapat fokus semasa sesi pengajaran. keadaan ini juga sedikit sebanyak menjejaskan pendengaran saya. Mohon bantuan dari pihak Doktor. Terima Kasih.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami anda mengalami kegatalan pada hidung yang juga menjejaskan pendengaran anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kegatalan hidung boleh disebabkan oleh :
- Alahan pada habuk
- Sinusitis
- Jangkitan pada saluran pernafasan
- Bau yang terlalu kuat (seperti bau bahan kimia)
- Asap rokok
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui dan seterusnya dirawat. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi online kami untuk mendapatkan nasihat daripada pakar ENT kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.