
Sulit
5 tahun
Masalah keguguran dan ingin hamil
Salam doktor, saya wanita berusia 20an. saya dh berkahwin dan mempunyai seorang anak. ketika anak berusia 3 bulan saya disahkan hamil lagi. tetapi disebabkan masalah saya ketika itu saya ambil keputusan utk gugurkan kandungan dgn memasukkan pil gugur ke dlm alat sulit. selepas 2 seminggu saya keguguran . dan saya tidak pergi ke klinik atau hospital untuk scan dan memeriksa kesihatan badan saya. selepas anak berusia 2 tahun saya ingin hamil lagi tetapi tidak berhasil. sekarang anak saya dh 3 tahun. adakah disebabkan hal itu saya jadi susah utk hamil lagi?. terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kesukaran untuk mengandung. Antaranya:
Anda belum mencuba dengan cukup- kekerapan hubungan intim tidak cukup atau tempoh mencuba belum lama
Tidak berovulasi- disebabkan oleh PCOS, berat badan tidak mencukupi, primary ovarian insufficiency (ovari tidak cukup), masalh tiroid, hyperprolactinemia (penghasilan hormon prolaktin terlalu banyak) dan bersenam berlebihan.
Masalah pada sperma pasangan lelaki
Umur
Tiub falopia tesekat
Endometriosis (masalah dinding rahim)
Masalah penyakit lain
Mandul
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.