
Sulit
5 tahun
Masalah Keguguran dan Rahim
Saya perempuan berusia 25 tahun. saya telah berkawin pada 3/8/2019. Kemudian pada 27/9/2019 saya telah menjalani satu operation untuk buang teratoma cycst. Kemudian pada 4/2/2020 saya telah keguguran anak pertama pada usia janin 10 minggu. Bolehkah saya merancang untuk hamil sekarang ? selepas 2 kali haid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya dapati sudah dua bulan berlalu selepas anda keguguran. Untuk menjawab soalan anda, anda sudah boleh mencuba untuk mengandung lagi. Untuk pengetahuan anda, kebiasaannya ia mengambil masa 2 minggu selepas keguguran berlaku untuk kesuburan kembali. Oleh itu, wanita boleh hamil selepas tempoh tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui , maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.