Anonymous
4 tahun
Masalah keguguran pendarahan
Hai, sy wanita berumur 26 tahun. Sblm ni sy keguguran. Keluar darah beku dan pendarahan seperti period dlm msa 3 minggu. Tp bru2 ne sy cuba cek menggunakan upt. Upt menandakan masih positif mengandung. Adakah sy belum keguguran atau sebagainya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebetulnya, hormon kehamilan yaitu beta hCG akan setia dalam badan selama 2 minggu setelah keguguran. Seandainya masih ragu, sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjutan seperti scan untuk melihat keadaan janin dan mendapatkan kepastian tentang status kehamilan anda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih