
Sulit
4 tahun
Masalah keguguran rambut
Saya wanita berumur 18 tahun. Mempunyai masalah keguguran rambut. Dulu rambut saya tidak teruk sangat gugur. Tapi sekarang gugur banyak sangat. Bagaimana nak atasinya dokter. Rambut saya nampak macam dah nipis

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keguguran rambut boleh disebabkan:
- Tekanan fizikal/emosi
- Penggunaan produk rambut yang banyak atau tidak sesuai
- Terlebih vitamin A dari diet
- Masalah hormon seperti Sindrom Polisistik Ovari
- Anemia - kurang sel darah merah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.