
Sulit
4 tahun
Masalah kehamilan disebabkan keluar ketulan macam daging,
Salam saya wanita berumur 29 tahun, saya terakhir datang bulan 15 01 2021 pada bulan Februari saya tak datang bulan, pada 02 03 2021, keluar darah sedikit, esok Nye saya beli test kehamilan saya dapat 2 garis merah.
Saya terus pergi klinik scan tak ada janin kat dalam rahim, saya di rujuk k hospital hasil yg saya dapan pun sama,
Last test darah hasil positif mengandung.
Petang 05 03 2021 ada keluar ketulan kecil macam daging, tetapi saya tak ada merasakan sakit seperti orang keguguran lainnya katakan.
Apakah keluar ketulan tu saya dikatakan keguguran…?

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi.Namun, kami memerlukan maklumat yang lebih jelas daripada anda sebelum membuat sebarang kesimpulan dibuat untuk mengenal pasti punca masalah sebenar yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan perdarahan berserta ketulan daging yang anda alami, antaranya ialah:
- Keguguran
- Kehamilan kembar
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan anggur
- Jangkitan pada saluran kencing
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih