
Sulit
5 tahun
Masalah kekerapan sakit kepala
Anak saya umur 8 tahun kerap mengadu sakit kepala dan Dr pakar pernah menyatakan kemungkinan besar ada masalah sinus. Dr pernah beri ubat Augmentin dan Neo Deta. Syukur alhamdulillah, ubat berkenaan sangat berkesan dan sebuh untuk tempoh masa yang lama juga. Kini, sakit berkenaan datang semula dan saya telah pun berpindah jauh. Di makah saya boleh dapatkan ubat berkenaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, ubat tersebut adalah merupakan ubat daripada golongan antibiotik yang diregulasi secara ketat. Pembelian ubat hanya dibolehkan dengan preskripsi doktor. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor dan merujuk keluhan penyakit anak anda ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.