
Sulit
5 tahun
Masalah kelamain akibat dripada tabiat onani yg aktif mengakibat kan saya merasa sedang mengalami mati pucuk
Sebelum ini saya mengalami ketagihan onani yg melampau dan membuatkan saya risau sejak akhir" ini kerana saya memounyai symptoms mati oucuk. Dan saya risau jika ianya memberi kesan negatif kepada saya jika sudh berkahwin. Saya mohon pencerahan lebih lanjut berkaitan masalah yg saya hadapi.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah mati pucuk boleh disebabkan oleh:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Anda dinasihatkan untuk:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.