
Sulit
3 tahun
Masalah kemaluan bayi
Salam doktor,saya nak bertanya, bayi lelaki saya berusia 1 Tahun 11 bulan .beberapa hari lalu, nampak dia asyik memegang kemaluannya. Bila saya cek, saya dapati,ada garisan halus mengelilingi pangkal kemaluannya.agak kemerahan.seperti sakit dan tidak sakit jika disentuh dgn tangan.saya kurang pasti, apakah simptom itu sekadar pertanyaan awal, bolehkah saya tau, apakah ia normal?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kerisauan anda mengenai anak anda. Kami akan cuba membantu anda.
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai masalah anak anda tanpa menjalankan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu. Namun, antara punca kemerahan pada tempat kemaluan adalah :
- Ruam lampin
- Jangkitan kuman
- Iritasi daripada penggunaan sabun dan bedak yang tidak sesuai
Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar kanak-kanak untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anak anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor pakar kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.