
Anonymous
2 tahun
Masalah kembung perut dan kesan ubat bius
Salam sejahtera.
Saya ada 2 soalan.
Soalan 1.
Saya seorang wanita berumur 35 tahun. Saya sering mengalami masalah kembung perut. Soalan saya adakah kembung perut itu adalah satu penyakit atau sebaliknya?
Soalan 2.
Saya telah menjalani 4 kali pembedahan dalam masa 2 tahun kerana saya mengalami perineural abcess dan fistula. Ketika proses pembedahan dijalankan saya telah dibius separuh dan penuh. Soalan saya adakah ubat bius ini akan memberikan kesan jangka masa lama kepada saya?
Itu saja soalan saya. Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
- Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
- perut bergas
- kembung perut boleh mengganggu keupayaan anda untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial atau rekreasi.
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
- Untuk pertanyaan mengenai keselamatan pengambilan ubat dan kesan sampingan bagi pesakit kronik hanya boleh dijawab oleh doktor konsultasi yang berdaftar dengan MMC. Kami hanya medium hotline bagi laman DoctorOnCall.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih