
Sulit
4 tahun
Masalah kemurungan atau kesedihan
Anak saya berumur 14 tahun…sejak kebelakangan ni dia kerap sedih, termenung, panas baran, suka menyendiri, tak boleh tidur malam dan selera makan dia berkurang.
Adakah anak saya mengalami kemurungan? Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai anak anda yang sentiasa sedih, termenung, panas baran, suka menyediri, susah untuk tidur dan juga hilang selera makan.
Pada pendapat kami, penyakit mental atau masalah psikatri tidak boleh disahkan lagi kerana anak anda masih mudah dan pantauan lebih lanjut perlu dilakukan. Namun, kemungkinan apa yang anak anda alami mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang berlaku pada waktu usia muda.
Selain itu, dorongan keluarga dan juga keadaan persekitaran menjadi faktor utama perkara ini boleh berlaku. Oleh itu, kami sarankan anda untuk mencuba beberapa perkara ini:
- Kurangkan stress anak anda. Elakkan anak anda daripada melakukan tanggungjawab yang terlalu berat bagi seorang remaja berumur 14 tahun.
- Berikan sokongan moral dan berikan perhatian kepada anak anda mengenai minat mereka dan juga keinginan serta cita-cita mereka.
- Luangkan masa anda untuk bersama dengan anak anda. Sebagai contoh, bawalah anak anda untuk melancong atau berkelah bersama satu keluarga.
- Galakkan senaman kepada anak anda bagi meningkatkan keyakinan diri
- Jaga permakanan. Sentiasa mengamalkan nutrisi yang sihat.
- Dengar masalah anak anda. Kemungkinan mereka mempunyai masalah dalaman atau masalah yang mereka malu ingin luahkan. Ia mungin berkait dengan kehidupan diri ataupun perhubungan dengan rakan-rakan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda sentiasa memberi perhatian kepada anak anda mengenai tumbuh besaran mereka bagi memastikan mereka mempunyai pembinaan jati diri dan juga keyakinan yang diperlukan. Untuk mengetahui lanjut, klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.